hye..hye..hye..
pernah tak kita recall balik macam mana gelagat kita masa kecik kecik dulu ?
apa saja yg orang besar cakap semua kita percaya..
lepas tu apa saja orang besar cakap semua kita angguk kepala tanda setuju..
aku tak pernah belajar psychology kanak-kanak.. tapi..
sepanjang hidup aku selalu dikelilingi oleh kanak- kanak sampaikan perangai pon dah persis kanak kanak re-build-no..
mak aku adalah baby sitter anak anak kepada sedara yang bekerjaya..
jadi semua karenah mereka duhai si ciliks memang dalam kantung poket aku dah..
pejam lama lama dan celik cepat cepat,
dah hampir sebulan setengah aku jadi guru kepada kanak kanak..
mahu atau menolak, bertambahlah ilmu kanak kanak aku..
satu habit kanak kanak yang buat aku terhibur sampai sengih merekah mulut adalah " senang tertipu".. kihkihkih..
dimana bahasa sopan sikit nak cakap, percaya kepada orang yang mereka sayang..
kenapa aku cakap kanak- kanak ni cepat percaya..?
nah aku bagi experience aku..
situasi:
masa tu aku tengah mengajar.
ada la dua orang pelajar berbangsa india bergaduh berebut pemadam kot.
sambil bergaduh kat belakang sambil berperang mulut speaking bahasa tamil.
memang jangan harap aku nak faham la kan.
jadi, aku pon jerkah sambil berkata :
" kamu jangan bergaduh.!! dan lagi satu, jgn cakap bahasa kamu yg saya tak faham. you make speak english or malay since semua orang dalam class ni dapat faham. kalau kamu masih cakap bahasa rahsia kamu, saya cakap cina dgn kamu. biaq kita jadi itik dan ayam".
dua orang pelajar degil tu masih bertingkah lidah berbicara rahsia.
aku pon apa lagi... keluarkan ayat keramat..
"ni zhuo zenme minzhe" ( jangan marah ejaan salah! dah lama tinggai mandarin.. sorry laoshi! )
semua murid terkejut dan terdengarlah suara :
"wah,cikgu cakap cina.. "
" cikgu, cakap lagi.."
nah! amek youuuuuuuuuu.. sekarang ni semua students dalam class tu percaya yg aku ni pandai, expert dan fasih cakap cina weh...
jadi.. lepas tu.. yg bukan malay akan cakap malay dan english ja dalam class aku..
sebabnya senang ja.. kalau depa cakap tamil dgn aku, aku bantai cakap cina versi aku dgn depa..
depa tertipu weh!
tipah tertipu yooooo!!
kehkehkeh..
| kanak kanak ni senang ja nak psycho depa kalau kita guna otak..kehkeh |
:. terhibur seketika bila teringat :) selamat hari ibu mak !










